fbpx
DOUE (dua dari kanan) berada dalam kelas tersendiri menjelang aksi playoff menentang Monaco awal pagi esok. - AFP

Juara Eropah tagih sentuhan Doue

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique menagih sentuhan penyudah pemain muda sensasi, Desire Doue untuk membantu pasukan meraih keputusan positif pada aksi playoff kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang AS Monaco, awal pagi esok.

Sebagai rekod, Doue telah mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri apabila meledak dua gol ketika membantu pasukan melakar kemenangan penting 3-2 ke atas seteru Ligue 1 itu dalam aksi pertama minggu lalu.

Namun, Doue yang turut meledak satu gol ketika juara Eropah itu melakar kemenangan 3-0 ke atas FC Metz dalam saingan domestik pada Ahad lepas terpaksa dikeluarkan awal kerana mengalami kecederaan.

Enrique mengesahkan keputusan itu dibuat untuk mencegah kecederaan Doue bertambah serius dan pemain berusia 21 tahun itu bakal diturunkan pada aksi di Parc des Princes nanti.

“Semuanya berada dalam keadaan baik. Doue tidak mengalami apa-apa masalah, hanya langkah pencegahan dan kita enggan mengambil risiko,” katanya.

Sementara itu, tonggak PSG, Vitinha menganggap kehadiran Doue sangat penting ketika ini selepas pasukan kehilangan khidmat Ousmane Dembele kerana kecederaan.

“Doue seorang pemain yang hebat kerana dia banyak membantu kami. Saya harap dia kekalkan prestasi itu kerana perlawanan seterusnya dijangka lebih sukar dan pasukan perlu bersedia,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN