fbpx
Antara PATI yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Banting, semalam. Foto IMIGRESEN

Rumah jadi pusat transit PATI di Banting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANTING – Seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak lelaki ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah yang dijadikan pusat transit di sini, semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, operasi bermula pukul 10 malam itu dilaksanakan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas bersama Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA hasil maklumat awam serta risikan selama tiga minggu.

Beliau berkata, pihaknya terlebih dahulu menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 36 tahun yang dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penahanan 15 lagi warga Indonesia terdiri daripada 11 lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia antara satu hingga 46 tahun.

“Semakan awal mendapati kesemua mereka dipercayai tinggal lebih masa di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, enam pasport Indonesia, sebuah telefon bimbit dan sebuah Honda City turut disita.

“Sindiket dipercayai menggunakan rumah berkenaan sebagai penempatan sementara sebelum migran dibawa keluar melalui laluan tidak diwartakan di perairan Pantai Morib dengan bayaran RM1,500 seorang.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 26J ATIPSOM 2007 manakala kesemua migran disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN