fbpx
Gajah tersebut menyerang pemiliknya selepas berasa diganggu semasa mengawan. - Newsflare

Gajah turun minyak, diganggu semasa mengawan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Satu klip video tular di Thailand menunjukkan seekor gajah jantan bertindak agresif dengan menerbalikkan sebuah kereta dan mengejar penunggang motosikal selepas diganggu ketika mengawan, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di Buriram, baru-baru ini. 

Gajah jantan berusia 19 tahun dipanggil Phlai Petch Uthai itu dibawa oleh pemiliknya yang dikenali sebagai Somporn, 35, untuk mengawan dengan seekor gajah betina. 

Phlai Petch Uthai mula mengamuk dan menyerang Somporn apabila dia cuba memisahkan pasangan itu, menyebabkan dia mengalami kecederaan paru-paru yang serius. 

Rakaman video kejadian menunjukkan gajah tersebut menerbalikkan sebuah kereta berwarna putih sebelum menghancurkan trak kecil yang terletak berhampiran kawasan pembiakannya. 

Ia kemudian mengejar seorang penunggang motosikal. 

Penghulu Buriram, Uthai Yeerum berkata: “Gajah itu disewa untuk  tujuan  pembiakan. Somporn menggesanya untuk menyelesaikan proses itu dengan, menyebabkan gajah miliknya marah dan  bertindak agresif.” 

Selain mencederakan Somporn, gajah itu turut merosakkan lima papan tanda sebelum sukarelawan dari Hospital Kerajaan Gajah tiba untuk membantu. 

Gajah tersebut berjaya ditangkap selepas pasukan penyelamat memberikan ubat pelali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN