fbpx
IDAROYANA membuang air bertakung pada bahagian dapur rumahnya di Kampung Pok, Gelang Patah, Iskandar Puteri susulan air banjir termenung mulai surut hari ini.

Beberapa keluarga di Gelang Patah berbuka, sahur dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Hujan lebat beberapa jam menyebabkan penduduk di Kampung Pok, Gelang Patah di sini terpaksa berbuka puasa dan sahur dalam banjir berikutan kediaman mereka dinaiki air semalam.

Seorang penduduk, Idaroyana Bujang, 47, berkata, hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan rumah pusaka keluarga didiaminya dinaiki air paras betis.

“Petang semalam hujan lebat dalam dua jam, air naik mendadak di bahagian dapur sehingga paras betis. Masa itu dah dekat nak berbuka puasa dalam pukul 7 malam.

“Saya tinggal seorang diri manakala adik saya tinggal di rumah sebelah masing-masing berbuka dalam keadaan banjir,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pok, Gelang Patah di sini hari ini.

Idaroyana berkata, susulan cuaca tidak menentu, dia terpaksa mengambil cuti untuk membersihkan rumahnya yang dinaiki air.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad menggesa tindakan segera diambil bagi menangani isu banjir kilat yang kerap melanda Kampung Pok, di sini.

Pandak berkata, faktor pembangunan pesat di sekitar Gelang Patah turut memberi tekanan kepada sistem perparitan lama yang dibina puluhan tahun lalu dan kini tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI