fbpx
Pokok beringin gergasi itu tumbang di Puri Pejabat Ubut, Bali baru-baru ini. - BPBD Gianyar

Bangunan, kereta rosak dihempap pokok beringin 300 tahun 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebatang pokok beringin berusia 300 tahun di Gianyar, Bali tumbang dan menimpa beberapa bangunan serta kenderaan, lapor laman berita Detik. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan) di Puri Pejabat Ubud, baru-baru ni. 

Pokok gergasi itu menimpa sebuah restoran, sebuah kedai serbaneka, dua kereta dan sebuah motosikal. 

Ketua Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Gianyar, Ida Bagus Putu Suamba berkata, tiga kenderaan yang dihempap pokok mengalami kerosakan kecil dan telah dipindahkan.  

Kejadian itu turut mencetuskan gangguan bekalan elektrik di sepanjang Jalan Suweta selepas beberapa tiang elektrik dihempap pokok berkenaan. 

Ketua Perhubungan Awam Polis Gianyar, Inspektor Gusti Ngurah Suardita berkata, pokok itu tumbang kerana faktor usia di samping batangnya yang sudah reput. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN