fbpx
Gambar hiasan

Tender projek entah kemana, RM137,600 pula kena kebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Seorang pengarah yang menyangka memperolehi keuntungan lumayan akhirnya terpaksa menggigit jari selepas wang berjumlah RM137,600 untuk mendapatkan tender projek lesap selepas ditipu terjebak dengan tawaran projek tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, seorang wanita berusia 32 tahun telah mendakwa syarikatnya mengalami kerugian akibat ditipu seorang individu yang menawarkan tender membekalkan mesin janakuasa elektrik untuk Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak.

Jelasnya, wanita yang juga pengarah sebuah syarikat di bandar ini telah bersetuju untuk membekalkan enam unit mesin janakuasa mudah alih beserta empat unit bateri bernilai RM137,600 seperti ditawarkan oleh individu terbabit.

Katanya, untuk memenuhi tawaran itu, wanita berkenaan telah membuat tiga transaksi pembayaran dalam sebuah akaun bank tempatan bermula 10 hingga 13 Februari.

“Selesai membuat pembayaran, wanita berkenaan telah menghubungi pihak pengurusan ILP Tangkak untuk mendapatkan pengesahan berkaitan tender yang ditawarkan itu.

“Namun, pihak ILP Tangkak menafikan kewujudan tender seperti dinyatakan pada masa kini sebelum menyedari syarikatnya telah ditipu,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Seng Lee, susulan itu, wanita berkenaan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI