fbpx
Keadaan MPV jenis Toyota Estima dipandu mangsa yang terbakar dalam nahas di Kampung Wakaf Raja, Pasir Puteh hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

Toyota Estima terbakar, tak sempat sambut raya Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Hajat seorang lelaki untuk menyambut Tahun Baharu Cina di kampung tidak kesampaian selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu terbalik sebelum terbakar dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Kampung Wakaf Raja di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, mangsa, Kang Kheng An, 51, yang memandu MPV Toyota Estima dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kampung Berangan, Tumpat disahkan meninggal dunia di lokasi selepas tercampak keluar dari kenderaan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmy Mustofar berkata, siasatan awal mendapati, nahas berlaku di kawasan selekoh berhampiran Pejabat Penggawa Daerah Bukit Awang dan seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dikejarkan ke lokasi yang terletak 12 kilometer dari balai.

“Anggota bomba mendapati nahas melibatkan MPV Toyota Estima, Perodua Myvi dan Toyota Camry. Toyota Estima didapati terbalik dan terbakar. Pemandu MPV tercampak keluar dan kematiannya disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya ketika dihubungi.

Azhar memberitahu, pemandu kereta Perodua Myvi dan Toyota Camry dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan. Operasi di lokasi termasuk memadam kebakaran MPV selesai pada pukul 5.03 pagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI