fbpx
Penduduk tempatan memeriksa keadaan rumah selepas pemiliknya mati dipijak kawanan gajah liar baru-baru ini. - Tahir Ibn Manzoor

Penduduk mati dipijak 18 gajah masuk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya enam orang termasuk bayi berumur tiga bulan maut akibat dipijak kawanan gajah liar yang menyerbu sebuah perkampungan di India, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan) di kampung Gondwar, negeri Jharkhand baru-baru ini. 

Bayi itu terbunuh bersama tiga ahli keluarganya selepas perkampungan mereka diserang oleh 18 ekor gajah ketika penduduk sedang tidur. 

Pegawai Hutan Bahagian Timur Hazaribagh, Vikas Kumar Ujjwal berkata, seorang kanak-kanak cedera parah dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. 

Penduduk tempatan berkata, kawanan gajah itu tiba pada waktu malam dan merempuh rumah serta meratakan apa sahaja yang menghalang laluannya. 

Serangan itu menyebabkan orang ramai dibelenggu ketakutan. 

Vikas menggesa warga setempat untuk terus berwaspada dan menjauhkan diri daripada  kawasan hutan.

“Pasukan kami sedang memantau kawanan gajah itu dan mengeluarkan amaran di kampung-kampung yang terjejas,” kata Vikas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN