fbpx
Khamarul Azhar (dua dari kiri) pada majlis penyampaian anugerah buat perunding yang merekodkan prestasi memberangsangkan tahun lalu.

Kausar Group fokus khidmat pewarisan harta profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEMAKIN hari semakin bertambah nilai harta pusaka yang dibekukan di negara ini ekoran wujudnya pelbagai masalah berkaitan pewarisan harta khususnya bagi orang Islam. Nilainya telah mencecah lebih RM90 bilion dengan hampir 90 peratus daripadanya adalah harta milik orang Islam.

Memahami keperluan ini, Kausar Group giat membina ekosistemnya yang semakin kukuh sehingga menjadi sebuah agensi pewarisan harta Islam nombor satu di negara ini.

Melalui empayar yang dibangunkan Pengasas Bersama Kumpulan, Khamarul Azhar Hashim dan Suzana Abu Bakar serta disokong oleh barisan kepimpinan lain, mereka menawarkan penyelesaian menyeluruh yang melibatkan hibah, wasiat dan pusaka sebagai satu sistem bersepadu.

“Pembekuan harta pusaka dan pertikaian keluarga adalah krisis senyap yang memberi kesan kepada kesejahteraan ummah.

“Jadi, inisiatif ini akan dapat memastikan pewarisan harta Islam dirancang secara profesional, berstruktur dan berkesan demi melindungi keharmonian keluarga serta kesinambungan legasi merentasi generasi,” kata Khamarul Azhar dalam satu temu bual bersama Kosmo! baru-baru ini.

KOSMO!: Boleh jelaskan secara umum tentang Kausar Group?

KHAMARUL AZHAR : Kami terdiri daripada sebuah ekosistem profesio­nal pewarisan harta Islam yang telah beroperasi selama 11 tahun.

Kami memiliki barisan kepim­pinan mantap yang memainkan peranan pen­ting dalam membentuk hala tuju strategik Kumpulan dengan memfokuskan kepada penyelesaian menyeluruh dalam isu pewarisan harta Islam di negara ini.

Tumpuan kami adalah kepada pemilik hartanah, pemilik perniagaan keluarga dan golo­ngan profesional Muslim yang menuntut khidmat rundingan pewarisan harta Islam yang berintegriti, berstruktur dan berimpak tinggi.

Khamarul Azhar

Apa inisiatif terbaharu yang dilancarkan?

Kami telah memperkenalkan Brand Positioning baharu sebagai sebahagian daripada inisiatif Brand Refresh Kumpulan, yang menekankan aspek peranan syarikat sebagai pemelihara legasi dalam perancangan pewarisan harta Islam yang patuh syariah dan berteraskan keharmonian keluarga.

Usaha ini bukan sahaja me­nyentuh aspek teknikal pewarisan harta tetapi juga mahu menangani kesulitan emosi yang sering timbul dalam pro­ses pemindahan harta pusaka.

Apa yang dilakukan kini bukan sekadar bersifat kosmetik tetapi ia mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat untuk melindungi institusi keluarga, memastikan dokumentasi yang teratur, serta menyediakan satu sumber kebenaran yang jelas dan diyakini dalam pewarisan harta Islam.

Inisiatif ini juga adalah komitmen jangka panjang syarikat dalam menangani isu pembekuan harta pusaka dan konflik keluarga yang semakin membimbangkan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Bagaimana pula dengan perunding pewarisan harta Kausar Group?

Melihat kepada industri pewarisan harta Islam, ia menawarkan peluang yang luas kerana masih ramai yang belum mendapat pendedahan cukup tentang pewarisan harta Islam.

Berbanding industri taka­ful dengan lebih 94,000 ejen berdaftar di Malaysia, jumlah ejen unit amanah juga ramai, namun mungkin terdapat kurang daripada 5,000 perunding pewarisan harta Islam.

Sebenarnya masih wujud kekeliruan tentang isu wasiat, hibah dan lain-lain. Apabila masyarakat keliru dan tidak faham, mereka tidak membuat sebarang tindakan positif.

Ini satu peluang bagi kami, dalam masa yang sama kami mahu melahirkan lebih ramai perunding pewarisan harta profesional yang berkualiti, sekali gus membawa jenama kami.

Setiap perunding Kausar perlu melalui proses latihan intensif berstruktur yang merangkumi ilmu syariah, kefahaman perundangan, kemahiran rundingan, pembangunan kepimpinan dan keusahawanan.

Mereka juga perlu melalui sistem bimbingan dan latihan yang konsisten. Proses ini bukan sahaja untuk melahirkan perun­ding yang kompeten daripada sudut teknikal tetapi juga berempati, beretika dan mampu membimbing pelanggan membuat keputusan pewarisan yang
sensitif.

Berapa ramai perunding syarikat kini?

Sepanjang tempoh 11 tahun, kami telah melahirkan lebih daripada 2,500 perunding, namun kini kami memiliki lebih kurang 700 perunding yang memiliki lesen dan aktif.

Jadi kami mahu menambah bilangan perunding ini kepada 5,000 orang dalam tempoh lima tahun akan datang.

Berapakah nilai aset terlibat di bawah perancangan Kausar Group?

Sehingga kini, kami telah membantu lebih daripada 8,000 pelanggan untuk merancang pewarisan harta Islam melibatkan nilai lebih daripada RM8 bi­lion melalui khidmat rundingan yang patuh syariah, sah daripada sudut perundangan dan boleh dilaksanakan dengan cara praktikal.

Kami berhasrat membantu sekurang-kurangnya 100,000 umat Islam serta merancang pewarisan harga bernilai RM100 bilion secara sistematik dan teratur.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN