fbpx
Sebahagian jarum suntikan heroin yang ditemui di Pantai Kubang Badak, Kuala Nerus semalam.

Pantai Kubang Badak dipenuhi jarum suntikan heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Pengunjung Pantai Kubang Badak, di sini gempar dengan penemuan beberapa batang jarum suntikan disyaki digunakan untuk aktiviti penyalahgunaan dadah.

Penemuan tersebut menimbulkan kerisauan kemungkinan pantai peranginan berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu telah dicemari aktiviti kurang sihat berkenaan.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu, Arzmi Abdullah berkata, berdasarkan gambar yang tular di media sosial, jarum suntikan terbabit biasanya digunakan dalam kalangan penagih dadah jenis heroin.

“Kebiasaannya dadah jenis heroin akan dipanaskan hingga melebur sebelum dimasukkan ke dalam jarum untuk disuntik ke dalam badan penagih.

“Begitupun berdasarkan pemantauan AADK sebelum ini, Pantai Kubang Badak sebelum ini bukanlah lokasi tumpuan penagih,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Arzmi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Pantai Kubang Badak dikunjungi penagih-penagih dari lokasi panas berdekatan seperti Seberang Takir di sini dan Chendering, Kuala Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN