fbpx
Perkongsian seorang pengguna media sosial yang menyatakan kesyukuran dapat menikmati hidangan nuget menerusi insiatif Sara, semalam.

‘Sumpah, syukur dapat tebus frozen food guna Sara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Sumpah, syukur sangat bila ‘frozen food’ (makanan sejuk beku) boleh tebus juga”.

Itu antara luahan orang ramai yang menyatakan kesyukuran tidak terhingga selepas berjaya menikmati hidangan nuget menggunakan kredit Sumbangan Asas Rahmah (Sara).

Pengguna media sosial yang menggunakan profil @Aaisyah Hazwani itu berkata, sebelum ini dia tidak mampu membeli produk berkenaan berikutan harganya agak tinggi utnuk dinikmati.

“Hasil beli (guna) MyKasih (Sara). Terus terang, kami (sebelum ini) memang tutup mata nak beli nuget yang harga lebih daripada RM12.

“Dapat juga merasa,” katanya menerusi @MyKasihSara, semalam.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, kerajaan bersetuju meluluskan sebanyak 140,000 jenis barangan termasuk barangan sejuk beku yang layak dibeli menggunakan kredit Sara.

Kementerian Kewangan telah memperluaskan kategori makanan sejuk beku menjadikan sebanyak 15 kategori barangan asas boleh dibeli dalam kategori Sara.

Menerusi inisiatif Sara yang bermula Isnin lalu, isi rumah berpeluang menerima bantuan berganda bergantung pada bilangan ahli dewasa yang layak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI