fbpx
Johari

Saringan tahap kesihatan mental Ahli Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat bersedia mempertimbangkan cadangan untuk melakukan ujian saringan tahap kesihatan mental Ahli Parlimen.

Perkara itu dinyatakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Johari Abdul selepas mendengar cadangan dikemukakan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang)

“Kita akan pertimbangkan pandangan Pendang (Awang). Mungkin juga kita mulakan (saringan) dengan Pendang dulu,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Awang semasa sesi soal jawab lisan membincangkan isu serangan kera dan monyet membangkitkan isu kesihatan mental dalam kalangan wakil rakyat.

Beliau mencadangkan satu pemeriksaan tahap kesihatan mental dibuat kepada semua Ahli Parlimen.

“Kalau boleh keluarkan arahan untuk buat ‘bipolar mental disorder’ ini, saya sokong Tan Sri,” katanya.

Untuk rekod, semua Ahli Parlimen sebelum ini diminta menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka kekal sihat untuk terus berkhidmat. Pemeriksaan itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI