fbpx
PARA pemain Como meraikan kejayaan melangkah ke separuh akhir Piala Itali menewaskan Napoli awal pagi tadi.

Como singkir Napoli, cipta sejarah selepas 40 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAPLES – Pasukan kurang ternama, Como terus membuktikan status ‘pembunuh gergasi’ musim ini selepas menyingkirkan Napoli menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 sekali gus mara ke separuh akhir Piala Itali buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun.

Pada perlawanan suku akhir itu, Como berjaya mendahului saingan menerusi sepakan penalti yang diambil Martin Baturina sebelum Antonio Vergara menyamakan kedudukan dengan keputusan 1-1 kekal hingga tamat masa tambahan.

Ketua jurulatih Como, Cesc Fabregas mengakui ia adalah detik yang cukup bersejarah kelab dan berharap pasukan dapat terus mengukir kejayaan baharu pada baki saingan musim ini.

“Secara peribadi, saya anggap ini sebagai pencapaian bersejarah yang akan kita kenang selepas musim ini berakhir. Namun, saya tidak mahu terlalu gembira kerana kita perlu fokus pada aksi Serie A pula minggu ini.

“Mengenai penentuan penalti, saya pernah berada dalam situasi ini (ketika bergelar pemain) dan saya hanya menasihatkan mereka agar sentiasa bertenang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN