fbpx
Sebahagian cecair vape yang dirampas dalam Op Bersepadu E-Cigarette Mega di Kelantan, Terengganu dan Pahang semalam. Foto IHSAN PGA

Vape RM3.04 juta dirampas di Kelantan, Terengganu dan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membanteras kegiatan penjualan rokok elektronik atau vape selepas merampas peranti termasuk cecair vape bernilai lebih RM3.04 juta selepas menjalankan operasi serentak di Kelantan, Terengganu dan Pahang semalam.

Op Bersepadu E-Cigarette Mega itu dijalankan bermula pukul 2 petang hingga 6 petang di 18 buah premis menjual vape yang merupakan peranti larangan untuk dijual di ketiga-tiga negeri tersebut.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, seramai 157 orang pegawai PGA bersama 100 pegawai Kementerian Kesihatan, 59 pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) dan 25 pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri terlibat dalam operasi tersebut.
Menurutnya, sebanyak 18 buah premis yang dikenal pasti menjual vape iaitu lapan lokasi di Kuantan, Pahang, tujuh kedai di Kota Bharu dan Bachok, Kelantan selain tiga premis di Kuala Terengganu dan Jerteh, Terengganu.

Pemilik premis dikompaun selepas menjual vape menerusi Op Bersepadu E-Cigarette Mega di Beserah, Kuantan dekat Pahang semalam. Foto IHSAN PGA

“Menerusi operasi itu, sebanyak lebih 193 liter cecair vape pelbagai perisa bernilai RM2.2 juta, 10,745 unit peranti vape (RM747,555) dan 1,287 unit aksesori vape (RM 25,740) dengan jumlah keseluruhan RM3.04 juta dirampas di ketiga-tiga negeri.

“Selain itu, seramai 18 lelaki berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an ditahan untuk diperiksa selain beberapa pemilik premis dikompaun mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dan Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred dan Perindustrian 2019,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, denda termasuk kompaun dikeluarkan oleh KKM dan PBT dalam operasi itu di Pahang berjumlah RM117,250, Terengganu (RM22,000) dan Kelantan (RM6,000). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI