fbpx
ANGGOTA bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Kilometer 32.4, Jalan Kuala Kangsar-Gerik hari ini.

Seorang maut, empat cedera kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LENGGONG – Seorang wanita maut manakala empat yang lain cedera selepas kereta yang dinaiki terbabas di Kilometer 32.4, Jalan Kuala Kangsar-Gerik di Lenggong hari ini.

Mangsa maut dikenal pasti sebagai Damia Aziati Ruslan berusia 34 tahun yang duduk di bahagian penumpang belakang Perodua Bezza.

Difahamkan, kenderaan dipandu adik lelaki mangsa berusia 25 tahun hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar penghadang besi bahu jalan dari arah Kuala Kangsar ke Gerik.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kemalangan membabitkan kereta dinaiki lima individu itu diterima pada pukul 3.56 pagi.

“Insiden tersebut membabitkan lima mangsa terdiri daripada tiga wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Seorang daripada wanita dewasa itu tersepit di dalam kenderaan dan disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan manakala mangsa lain cedera ringan,” katanya di Lenggong hari ini.

Menurut beliau, ketua operasi menjalankan penilaian awal dan mengaplikasikan konsep SAVER sebelum mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan khas hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak perubatan untuk rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN