fbpx
Dr. Mohammed Taufiq (tiga,kanan) menyerahkan sijil penghargaan sempena Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan 2026 di Seberang Jaya, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

‘Kalau nak jadi ejen perpecahan, tidak layak dipanggil belia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Golongan belia diseru supaya menjadi ejen penyatuan rakyat dan menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan retorik sempit yang berpotensi merosakkan keharmonian negara.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, anak muda perlu menjadi belia berkualiti yang menyatukan masyarakat.

“Kalau nak jadi ejen perpecahan, dia tidak layak dipanggil sebagai golongan belia. Nak jadi ejen batu api, ejen yang memecah-belahkan satu kaum dengan satu kaum yang lain, ejen yang cuba memporak-perandakan negara kita, itu bukan belia berkualiti dan kita tidak mahukan belia tersebut dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian Program Santuni Pertubuhan Belia
Peringkat Kebangsaan 2026 dan Majlis Peluncuran Sejati Madani X Belia di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Taufiq berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 2,500 pertubuhan belia menerima geran SejaTi Madani berjumlah RM250 juta.

“Antara syarat, pertubuhan mestilah menyertai program Santuni Pertubuhan Belia menerusi 12 siri jelajah ke seluruh negara, perlu berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROY), mengemukakan dokumen lengkap dan membuat permohonan secara dalam talian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI