fbpx
Pemuda UMNO menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada individu yang ditahan berhubung perhimpunan Perhimpunan GARAH di hadapan Sogo Kuala Lumpur, semalam.

Perhimpunan GARAH: Pemuda UMNO tawar khidmat guaman percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemuda UMNO menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada individu yang ditahan berhubung perhimpunan Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) di hadapan Sogo Kuala Lumpur, semalam.

Ketuanya, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, hak untuk berhimpun secara aman merupakan jaminan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan mempersoalkan alasan penahanan beberapa individu yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, difahamkan beberapa individu telah ditahan oleh pihak berkuasa dan dijangka didakwa pada bulan hadapan.

“Pertama, saya ingin bertanya, hak untuk berhimpun adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Jadi atas sebab apa mereka ini ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa semalam? Adakah hak itu sudah tidak lagi terpakai?,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, Pemuda UMNO bersedia membantu mereka yang ditahan dengan menyediakan khidmat guaman tanpa bayaran dan akan berdiri bersama individu terbabit.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seramai 19 individu ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam perhimpunan GARAH ditahan di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilapor berkata, pihaknya sebelum ini telah menerima pemakluman himpunan daripada penganjur terdiri daripada pendakwah bebas dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN