fbpx
PARA pemain Kuching City meraikan kemenangan ke atas DPMM pada suku akhir pertama kelmarin. - KUCHING CITY FC

The Cats belum selesa bekal dua gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMENANGAN 3-1 ke atas DPMM FC pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Brueni kelmarin belum menjamin ‘lesen besar’ buat Kuching City FC bersikap sambil lewa pada perlawanan timbal balik Sabtu ini.

Pengendali The Cats, Aidil Sharin Sahak menjelaskan, kelebihan dua gol belum menjamin apa-apa dan setiap pemain harus kekal bekerja keras bagi menghalang kebangkitan DPMM.

“Saya mahu berikan kredit kepada pemain yang bekerja keras untuk mendapatkan kemenangan kali ini. DPMM FC bekerja keras untuk menentang kami, namun kami tahu bagaimana untuk hadir ke sini dan melaksanakan pelan permainan.

“Saya fikir pemain melakukannya dengan baik, kesilapan boleh berlaku dan kami tidak boleh salahkan sesiapa. Saya gembira tetapi ini baharu separuh perjalanan, elak rasa selesa dan kami perlu terus bekerja keras,” katanya.

Pada perlawanan ini, kedua-dua pasukan dihimpit dua kesilapan mudah yang dilakukan pemain hingga menghasilkan jaringan, bermula dengan gol sendiri James Okwuosa pada minit ke-50 untuk memberikan gol sagu hati buat tuan rumah.

Selang 14 minit selepas itu, giliran DPMM dipalit kecewa kerana kesilapan sendiri selepas penjaga golnya, Haimi Nyaring gagal mengeluarkan bola depan baik sebelum memasuki gawang sendiri.

“Sekarang saya berharap seluruh pasukan dalam menjalani proses pemulihan dengan baik untuk tampil lebih baik pada perlawanan kedua di Kuching,” tambah Aidil Sharin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN