JAKARTA – Sebuah keluarga di Bekasi, wilayah Jawa Barat menerima kecaman orang ramai apabila membuang sisa kumbahan ke sebuah tanah perkuburan, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @sidikpermana.31 menunjukkan beberapa pekerja sedang menutup beberapa paip pembentungan itu dengan simen.
Menurut perakam, paip tersebut ‘membuang’ sisa kumbahan ke kubur ahli keluarganya, menyebabkan kawasan itu ditenggelami air bercampur najis.
Rakaman itu mencatatkan lebih 2.1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Otak dia di mana?” kata seorang netizen.
“Kalau lubang ditutup, sisa kumbahan akan mengalir ke mana?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














