KUALA LUMPUR – Pusat jualan pakaian di sekitar ibu negara mula meriah dengan kehadiran orang ramai yang datang untuk membeli baju raya pada harga lebih murah sekali pun masih berbaki lebih sebulan sebelum sambutan 1 Syawal. Tinjauan Kosmo! mendapati, suasana di beberapa lokasi tumpuan membeli-belah dipenuhi pengunjung sejak minggu lalu ekoran tawaran harga rendah selain promosi besar-besaran yang dibuat kebanyakan kedai. Menurut pelanggan, mereka memilih untuk membeli pakaian raya lebih awal bagi mengelak kesesakan luar biasa ketika bulan puasa selain…














