fbpx
Artemis II berada di pad pelancaran 39B di Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida, 3 Februari lalu. - AFP

NASA tunda lagi misi ke Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunda penerokaan Bulan ekoran kebocoran bahan api semasa percubaan misi Artemis II, lapor akhbar Metro UK semalam.

“Bagi membolehkan pasukan kami menyemak data dan menjalankan ‘raptai basah’ kedua, NASA menyasarkan bulan Mac sebagai peluang pelancaran terawal untuk misi Artemis II,” kata agensi berkenaan di platform X.

Semalam, pasukan jurutera mengisi tangki propelan roket dengan hidrogen cecair dan oksigen cecair.

NASA berkata, ‘raptai basah’ itu adalah untuk mengenal pasti sebarang masalah yang boleh berlaku semasa mengisi tangki roket.

Misi pertama ke Bulan dalam tempoh 53 tahun sepatutnya berlaku selewat-lewatnya 6 Februari ini.

Namun, ia ditangguhkan selama dua hari disebabkan cuaca buruk yang bermaksud, ujian pengisian bahan api tidak dapat berlaku.

“Faktor tambahan adalah termasuk kerja penutupan Orion yang berpanjangan, gangguan berulang kali audio darat dan kesan cuaca sejuk pada beberapa kamera, berserta demonstrasi prosedur pembersihan penutupan Orion yang dikemas kini untuk menyokong operasi kru yang selamat.

“Seperti  dinyatakan di atas, kami hanya akan melancarkan  Artemis II  apabila kami percaya kami bersedia untuk melaksanakan misi bersejarah ini,” kata pentadbir NASA, Jared Isaacma.

Artemis II akan menyaksikan roket gergasi membawa kapal angkasa  Orion ke dalam gugusan bintang untuk pusingan 10 hari mengelilingi Bulan.

Kapsul itu bagaimanapun tidak akan mendarat di bulan sebaliknya akan kembali ke Bumi di Lautan Pasifik. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN