fbpx
MAYAT lelaki tanpa identiti ditemui di kawasan kebun kelapa sawit di Parit Bunga Laut, Sungai Mati, Tangkak, Selasa lalu. Foto IHSAN MEDIA SOSIAL

Mayat reput ditemui dalam kebun kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANGKAK – Satu penemuan mayat seorang lelaki yang sudah reput ditemui di kawasan kebun kelapa sawit di Parit Bunga Laut, Sungai Mati di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan satu mayat lelaki berkenaan di kawasan kejadian pada pukul 3.15 petang.

“Pemeriksaan awal mendapati identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti, termasuk status kewarganegaraan, berikutan keadaan mayat yang telah mereput.

“Selain itu, tiada dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian dan siasatan awal dijalankan mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes di klasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Roslan berkata, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tangkak untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN