JELEBU – Lima sekeluarga yang sedang menikmati makan malam nyaris rentung apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Felda Pasoh 1, di sini, kira-kira pukul 8.48 malam semalam.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang, Penolong Penguasa Bomba, Hazim Asriq Hasbullah, sebaik menerima panggilan, dua jentera bomba dari Simpang Pertang dan Bandar Seri Jempol dikejarkan ke lokasi.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman tanah rancangan Felda jenis separuh kekal dan ia musnah 80 peratus. Semua mangsa iaitu nenek, anak perempuan serta tiga cucu berusia 12 hingga 70 tahun ketika itu sedang makan di dapur.
“Selepas menyedari terdapat kebakaran di bahagian bilik yang terletak di tengah rumah, semua mangsa segera keluar,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE














