fbpx
Razali berkongsi tangkap layar perbualan video bersama Rani Kulup sebelum ditahan di HUKM petang tadi.

Rani Kulup ditidurkan di HUKM, kena jangkitan paru-paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah, kini ditidurkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) selepas disahkan mengalami jangkitan bakteria pada paru-paru.

Menurut sahabatnya, Mejar (B) Razali Zakaria, Abdul Rani dimasukkan ke hospital berkenaan petang ini sebelum pihak perubatan mengambil keputusan untuk menidurkannya bagi tujuan rawatan rapi.

Dalam hantaran di Facebook, Razali turut menitipkan doa agar Abdul Rani diberi kesembuhan segera.

“Marilah kita berdoa kepada sahabat kita yang baik ini telah ditidurkan di HUKM. Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan buat sahabatku Abdul Rani Kulup Abdullah.

“Angkatlah kesakitannya, permudahkanlah segala urusan rawatannya dan kembalikanlah kekuatannya seperti sediakala. Amin,” tulisnya.

“Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan buat sahabatku Abdul Rani bin Kulup Abdullah. Angkatlah kesakitannya, permudahkanlah segala urusan rawatannya dan kembalikanlah kekuatannya seperti sediakala. Amin,” kata seorang sahabatnya ketika dihubungi.

Abdul Rani, 70, mula dikenali lebih sedekad lalu selepas aktif membuat laporan polis berkaitan pelbagai isu semasa yang melanda negara.

Dikenali dengan panggilan Ayahanda Rani Kulup atau Raja Report Malaysia, beliau turut mempunyai sisi seni apabila aktif bermain muzik serta pernah mencuba nasib dalam dunia lakonan menerusi filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi.

Setakat ini, keadaan terkini beliau masih dalam pemantauan rapi pihak hospital, manakala orang ramai terus mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali aktif seperti sebelum ini.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN