fbpx
Alexander

Tiada hasrat bercerai, hanya seruan hidup harmoni – Alexander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan bahawa kenyataannya mengenai ‘perceraian’ minggu lalu hanyalah satu kiasan dan bukan bermaksud beliau mahu berpisah atau memutuskan hubungan dengan sesiapa.

Beliau berkata, ungkapan tersebut merupakan satu ekspresi untuk mengajak semua pihak hidup dalam keharmonian, keamanan serta memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pengurusan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

“Saya tidak bermaksud bahawa kita mahu bercerai. Itu sudah berakhir. Ia hanyalah satu ekspresi untuk mengatakan, marilah kita hidup dengan harmoni dan keamanan serta fokus kepada apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan cara kita menguruskan ekonomi supaya rakyat hidup lebih baik dan negara terus berkembang.
“Jika kita tidak mampu hidup dalam keamanan, maka kita perlu berfikir sama ada kita boleh bersama atau tidak. Namun, saya tidak pernah mengatakan saya mahu bercerai,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan SST bagi projek berkenaan di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini, hari ini.

Menteri Kerja Raya itu menegaskan, dalam podcast berkenaan beliau telah menjelaskan dengan jelas bahawa beliau mencintai Malaysia dan ingin melindungi negara ini.

“Saya sudah nyatakan bahawa saya sayangkan Malaysia dan mahu melindunginya. Namun, orang lebih cenderung memilih isu lain. Itu hak mereka dalam kebebasan bersuara.

“Saya bercakap secara spontan dan tidak pernah menjadikan perkara ini sebagai modal politik. Tetapi jika kenyataan saya itu membuat semua orang ‘terjaga’ dan berfikir, maka saya rasa itu juga sesuatu yang baik,” ujarnya.

Tambahnya, mesej utamanya adalah supaya rakyat Malaysia tidak bergaduh, sebaliknya terus hidup dalam keharmonian sebagai sebuah negara majmuk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI