fbpx
MBAPPE (kiri) meraikan jaringan kemenangannya ke atas Vallecano dalam aksi La Liga awal pagi semalam. - AFP

Mbappe redakan amukan penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Kylian Mbappe menyelamatkan Real Madrid daripada kemarahan penyokong sendiri apabila sepakan penaltinya pada minit ke-100 menghadiahkan kemenangan 2-1 ke atas Rayo Vallecano yang beraksi dengan sembilan pemain di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Jaringan itu meredakan cemuhan penyokong hampir sepanjang perlawanan susulan prestasi longlai Los Blancos sekali gus memastikan mereka kekal satu mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona.

Mbappe tenang menyempurnakan sepakan penalti ke penjuru kiri gawang selepas Brahim Diaz dijatuhkan oleh Nobel Mendy dalam masa tambahan.

Perlawanan panas itu menyaksikan Vallecano kehilangan dua pemain apabila Pathe Ciss dibuang padang akibat terjahan berbahaya ke atas Dani Ceballos, sebelum Pep Chavarria menerima kad kuning kedua di penghujung perlawanan.

“Menang sentiasa membawa kelegaan, tetapi kami perlu perbaiki banyak perkara. Kami tak boleh terus bergantung kepada kesilapan lawan,” kata kapten Real, Federico Valverde.

Kemenangan itu turut dibayangi kecederaan awal Jude Bellingham yang terpaksa dikeluarkan seawal minit kesembilan kerana hamstring sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kem Real.

Dalam aksi itu, Real membuka tirai jaringan menerusi gerakan solo Vinicius Junior pada minit ke-16, namun Vallecano bangkit menyamakan kedudukan pada awal babak kedua menerusi Jorge de Frutos.

Gol Mbappe menyelamatkan maruah Real daripada keputusan memalukan kepada Vallecano yang menduduki tangga keempat tercorot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI