NEW YORK – Kembar Siam Valeria dan Camila merupakan antara pempengaruh ‘influancer’ rekaan kecerdasan buatan (AI) terbaharu yang tular di media sosial, meraih ratusan ribu pengikut dalam tempoh singkat, lapor laman berita Oddity Central.
Susulan semakin banyak model dan pempengaruh AI bersaing untuk mendapatkan perhatian manusia sebenar, para pereka terpaksa menjadi lebih kreatif dalam mereka bentuk ‘avatar’ masing-masing.
Kini, muncul Valeria dan Camila yang mungkin merupakan kembar Siam paling cantik pernah dilihat dunia.
Sekilas melihat laman Instagram mereka, sudah cukup untuk menyedari bahawa ‘kedua-duanya’ adalah avatar digital, bukannya manusia sebenar.
Namun, ramai daripada 280,000 pengikut mereka tidak tahu atau tidak peduli langsung.
Ruangan komen pada setiap hantaran mereka sentiasa dipenuhi pujian, jemputan dan emoji hati.
Pencipta kepada kembar Siam paling popular di Instagram itu turut mencipta latar belakang kehidupan, lengkap dengan gambar zaman kanak-kanak yang dijana AI dan cerita-cerita rekaan tentang kehidupan harian mereka. – AGENSI














