fbpx
Azizee hadir pada Program Community Policing sempena Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, hari ini.

Thaipusam di P. Pinang aman, jangka 1 juta pengunjung hadir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang mengesahkan sambutan Thaipusam 2026 di Pulau Pinang berlangsung dengan aman dan terkawal serta tiada laporan berhubung sebarang insiden diterima.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, seramai 1,128 anggota dan pegawai polis telah ditugaskan selama tempoh 24 jam sepanjang perayaan itu berlangsung.

Menurutnya, polis juga menjangkakan berlaku penambahan kehadiran pengunjung dengan anggaran kira-kira 500,000 hingga 1 juta orang sehingga pagi Isnin.

“Kita menjangkakan bahawa sambutan pada tahun ini akan lebih aman dan ketenteraman awam lebih terjaga. Kita mohon masyarakat untuk mengekalkan keteraman awam dan juga keamanan sepanjang sambutan Thaipusam 2026 kali ini.

“Kira-kira 200,000 pengunjung hadir sejak Sabtu hingga pagi Ahad (hari ini) dan dianggarkan lebih kurang 500,000 pengunjung akan hadir petang ini sehingga malam nanti, silih ganti,” katanya selepas meninjau Program Community Policing sempena Thaipusam 2026 di Jalan Kebun Bunga, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pergerakkan pedati dijangka keluar dari kawasan Kebun Bunga pada malam esok dan tiba di Kuil Jalan Queen antara pukul 7 atau 8 pagi, Selasa nanti.

Terdahulu, media melaporkan pergerakkan pedati boleh dipantau secara langsung melalui aplikasi web penjejak Pantau 3.0 menggunakan platform GPS.

Aplikasi tersebut mula diperluaskan sejak tahun lalu dengan menarik seramai 37,000 pengguna selain dilengkapi dengan maklumat penutupan jalan, kemas kini perayaan dan lokasi tumpuan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN