fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan individu ditahan polis selepas cubaan membuka pintu kenderaan.

Wanita menangis lelaki cuba buka pintu kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki cemas selepas seorang individu dipercayai cuba membuka pintu kereta ketika teman wanitanya menunggu di dalam kenderaan di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam.

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut cuba membuka pintu kereta selepas melihat lelaki tersebut meninggalkan kenderaan untuk ke tandas.

“Aku dengan teman wanita nak pergi jualan but kereta, tapi sebab nak pergi tandas, aku minta dia tunggu dalam kereta dulu. Sebelum aku keluar kereta, dia dah nampak lelaki menakutkan di kawasan parkir.

“Jadi aku suruh dia terus kunci pintu kereta. Selepas aku keluar kereta, terus lelaki ini tegur aku. Ingatkan nak minta duit, tapi cara dia macam pelik sahaja.

“Tiba-tiba teman wanita aku telefon nangis-nangis sebab lelaki itu memang nak buka pintu kereta. Nasib baik ada orang lain tolong juga sebab lelaki itu cuba buka pintu kereta orang itu juga sebelum itu,” katanya.

Difahamkan, pengurus pusat beli-belah turut membantu dengan menghubungi pihak polis untuk menahan individu tersebut.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen termasuk rata-rata pengguna menasihatkan untuk berhati-hati ketika menunggu di dalam kenderaan.

“Kalau tinggalkan kereta tapi ada penumpang. Memang penumpang kena kunci pintu kereta walaupun sekejap. Bahaya sekarang ini, ramai orang tak boleh nak dipercayai,” komen @Saidatulasma.

“Kes macam ini memang panggil polis sahaja. Tapi pastikan jangan uruskan seorang diri, risau dia ada senjata. Kalau lepaskan, kasihan orang lain jadi mangsa,” komen @Anwarrahmad. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI