fbpx
Penganut agama Hindu memenuhi laluan tangga berwarna-warni bagi melakukan upacara keagamaan sempena sambutan Thaipusam ketika tinjauan di Kuil Subramaniam, Batu Caves hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

Skuad Perpaduan Madani bantu lancarkan sambutan Thaipusam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sempena sambutan perayaan Thaipusam tahun ini, Kementerian Perpaduan Negara melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah melancarkan Skuad Perpaduan Madani.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R Yuneswaran berkata, skuad itu melibatkan penyertaan sukarelawan daripada pelbagai bangsa yang bertugas di gerai air percuma (thaneer panthal) di Batu Caves.

Jelas beliau, inisiatif itu juga membantu melancarkan perjalanan perayaan di samping menjadi simbol jelas perpaduan, keprihatinan dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia yang saling menyokong antara satu sama lain.

“Sambutan ini turut mencerminkan keindahan kepelbagaian budaya dan agama yang menjadi asas kepada keharmonian serta identiti nasional Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.

“Dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan, keharmonian antara agama dan budaya perlu terus dipelihara melalui sikap saling menghormati, memahami serta meraikan perbezaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yuneswaran berkata, kepelbagaian yang dimiliki merupakan satu anugerah tidak ternilai serta memperkayakan identiti nasional serta mengukuhkan fabrik sosial yang menjadi asas kekuatan negara.

“Kepelbagaian inilah yang membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang unik, berdaya tahan dan dihormati di peringkat antarabangsa.

“Justeru, marilah kita terus menghargai, meraikan dan memanfaatkan kekuatan kepelbagaian ini dalam usaha membina sebuah Malaysia yang lebih kukuh, harmoni dan makmur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI