DALAM dunia automotif yang semakin didominasi oleh kenderaan utiliti sukan (SUV), Kia Carnival sebuah model kenderaan pelbagai guna (MPV) bersaiz besar tampil dengan penambahbaikan baharu. Ini membuktikan MPV masih relevan dan menjadi pilihan pengguna di Malaysia terutama keluarga besar atau sesuai untuk kegunaan kenderaan pejabat yang premium. Sejak pelancaran generasi keempatnya pada 2022, Kia Carnival sudah mempunyai peminatnya tersendiri dan dikenali sebagai ‘MPV yang tidak kelihatan seperti MPV’. Kia Sales Malaysia (KSM) telah melancarkan Kia Carnival baharu versi facelift 2026……














