fbpx
BEBERAPA aktivis memaparkan gambar gergasi Trump Bersama Epstein di Windsor, Britain, September tahun lalu. - Foto AFP

AS dedah 3 juta muka surat fail Epstein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Timbalan Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Todd Blanche menyatakan semalam bahawa Jabatan Kehakiman mengeluarkan lebih tiga juta muka surat dokumen berkaitan siasatan terhadap pembiaya dan pesalah jenayah seks, Jeffrey Epstein, lapor akhbar The Guardian.

Pendedahan itu telah lama dinantikan dan dilihat mewakili sebahagian besar daripada apa yang dikenali sebagai ‘fail Epstein’ yang sebelum ini menjejaskan kedudukan politik Presiden Donald Trump.

Dalam sidang akhbar yang tegang, Blanche berkata, dokumen itu merangkumi lebih 2,000 video dan 180,000 imej yang melalui proses penyuntingan besar-besaran. 

Beliau menambah, pentadbiran Trump telah mengemukakan kira-kira 3.5 juta muka surat dokumen bagi mematuhi Akta Ketelusan Fail Epstein yang meninggal dunia di sebuah di penjara New York pada 2019. 

Katanya, dokumen itu termasuk sejumlah besar pornografi komersial dan imej yang dirampas daripada peranti milik Epstein.

“Usaha pengumpulan jabatan ini menghasilkan lebih enam juta muka surat dikenal pasti sebagai berpotensi relevan, termasuk e-mel jabatan termasuk FBI (Biro Penyiasatan Persekutuan), ringkasan temu bual, imej, video termasuk pelbagai bahan lain yang dikumpul dan dihasilkan semasa siasatan serta pendakwaan,” kata Blanche.

Walaupun analisis masih dijalankan, pelepasan fail itu mendedahkan hubungan kewangan dan sosial yang sebelum ini tidak diketahui antara Epstein dan tokoh-tokoh terkenal di Amerika dan United Kingdom. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN