fbpx
FAM kini di bawah penilaian AFC selepas semua Exco meletakkan jawatan secara kolektif Rabu lalu.

Peluang terbaik bersihkan FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEPUTUSAN barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan jawatan secara kolektif dapat membuka ruang untuk badan induk itu ‘cuci nama’ sekali gus bangkit dengan lebih cemerlang selepas ini.

Pandangan itu disuarakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM), Mohd Firdaus Mohamed yang melihat ini adalah peluang terbaik buat FAM melakukan penambahbaikan terutama daripada aspek pengurusan dan pentadbiran.

Kata Mohd. Firdaus, sekarang bukan masa untuk mana-mana pihak menunding jari sebaliknya kekal bertenang untuk melihat situasi hangat yang melanda badan induk bola sepak negara demi kepentingan masa depan.

“Semua pihak perlu bertenang dan melihat perkara ini secara rasional. Apa yang berlaku sebenarnya membuka ruang kepada FAM untuk kembali menyusun pengurusan dan pentadbiran dengan lebih efisyen serta baik,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Firdaus yang juga bekas naib presiden FAM penggal 2021-2025 percaya krisis yang berlaku ketika ini wajar dinilai daripada aspek yang lebih positif sekali gus menjadi titik tolak kepada perubahan lebih besar.

Malah, Mohd Firdaus juga berharap semua pihak supaya memberi ruang dan masa kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk melakukan penilaian serta penyusunan semula terhadap FAM.

“AFC ada pengalaman dan kepakaran untuk membantu memulihkan kembali imej serta reputasi FAM yang sedikit tercalar susulan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain negara. Jadi beri mereka ruang untuk lakukan proses penilaian dengan teliti,” katanya.

“Apa yang berlaku ini perlu diambil dari sudut positif demi kebaikan bola sepak negara. Kita mahu melihat sistem yang lebih kukuh dan diyakini semua pihak,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN