PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kagum selepas melihat beberapa naskhah Yasin dalam salah sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran belukar di Johor Bahru, Rabu lalu.
Menerusi hantaran pengguna TikTok @Dapokakgee, menunjukkan beberapa naskhah Yasin dalam keadaan elok tanpa sebarang kerosakan.
“Kereta ini terbakar tapi yang ajaibnya Yasin itu tak terbakar pun. Nampak tak Yasin itu terduduk elok sahaja,” katanya.
Video berdurasi 30 saat itu turut memaparkan helaian naskhah Yasin yang tidak terkesan walaupun keadaan kereta musnah sepenuhnya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 18 buah kenderaan musnah dalam kebakaran belukar merebak di kawasan bersebelahan Masjid Al Mahabah, Taman Bukit Mewah di Johor.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna di media sosial turut meluahkan rasa kagum dengan keajaiban tersebut.
“Memang luar biasa sebab kereta itu memang musnah dan rentung. Hanya tinggal besi sahaja,” komen @RiezzadAzis.
“Saya biasanya suka pada bukti saintifik dan analisa dahulu. Tapi yang ini sangat meyakinkan. Masya-Allah,” komen @Yousry_decoded. –KOSMO! ONLINE
@dapokakgee La hawla wala quwwata illa billah #kuasaallah ♬ Bila Waktu Tlah Berakhir – Opick














