fbpx
Tangkap layar perkongsian di TikTok memaparkan orang ramai beratur di hadapan Ar-Rahnu.

[VIDEO] Ar-Rahnu macam ‘sardin’ orang beratur sampai luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suasana di sebuah premis Ar-Rahnu Bank Rakyat di Kota Bharu, Kelantan mencuri perhatian ramai apabila pelanggan dilihat beratur seawal pukul 6 pagi bagi mendapatkan nombor giliran untuk urusan menggadai emas.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @ayayusoffleykhach33, kelihatan para pelanggan beratur hingga ke luar premis bagi mendapatkan nombor giliran untuk tebus gadai (OL) susulan kenaikan harga emas ketika ini.

Menurut notis makluman yang dikeluarkan pihak Ar-Rahnu, orang ramai yang ingin melakukan urusan di premis berkenaan perlu mengambil nombor giliran bagi urusan tebus gadai, namun jumlahnya terhad iaitu nombor 7021 hingga 7030 sahaja.
“Keadaan di Ar-Rahnu Bank Rakyat. Seawal 6 pagi ada yang sudah beratur untuk ambil duit. Macam ikan sardin orang beratur melimpah hingga ke luar,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata teruja melihat kehadiran ramai pelanggan dan berkongsi pengalaman masing-masing.

“Saya pergi tengah hari nak tebus, tetapi balik semula sebab nombor sudah habis,” komen Hairossom.

“Jom serbu. Selagi boleh OL kita OL,” seloroh Naim Zain.

“Saya dah pergi tetapi itulah, nak pergi tebus pun susah. Nombor sudah habis,” kata Juwiejuwita. – KOSMO! ONLINE

@ayayusoffleykhach33Seawal 6pagi ada yg dh beratur utk ambik duit♬ original sound – Elrahworldwide

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN