PETALING JAYA – Lonjakan harga emas yang mencecah RM650 segram ketika ini mendorong orang ramai menyerbu kedai-kedai emas selain premis pajak gadai untuk menjual pelbagai barang kemas milik mereka bagi mendapatkan keuntungan tunai. Menurut pelanggan, ini adalah masa paling sesuai untuk menjual emas yang disimpan sekian lama khususnya untuk menampung perbelanjaan harian selain sebagai persiapan menjelang Ramadan dan Aidilfitri. Di Kuala Terengganu, seorang pelanggan mampu memperoleh RM80,000 hanya dengan menjual seutas gelang tangan yang disimpannya sejak lebih 30 tahun lalu.……














