fbpx
Ahmad Shabery beramah mesra dengan sebahagian pengamal media Terengganu di Hotel Residence Kuala Terengganu hari ini.

Rundingan pertikaian Felda, Kerajaan Terengganu hampir selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Rundingan pertikaian antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan kerajaan negeri Terengganu berhubung 14,791 hektar tanah diusahakan Felda di negeri ini hampir selesai dengan penyelesaiannya bakal diumum pada masa terdekat.

Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sesi rundingan yang berada pada tahap terakhir tersebut telah mencapai kemajuan positif.

“Saya mengikuti rundingan yang dibuat (antara pengurusan Felda dan kerajaan negeri Terengganu) dan melihat banyak kemajuan telah dicapai. Walaupun tidak boleh lagi diumumkan perkara dipersetujui, keseluruhan perbincangan berjalan secara positif menuju ke arah penyelesaian yang dapat diterima semua pihak,” katanya di Hotel Felda Residence Kuala Terengganu di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, walaupun tanah yang menjadi pertikaian berada di bawah kendalian Felda Global Ventures (FGV), ia merupakan sumber pendapatan penting kepada Felda bagi menampung keperluan peneroka.

Dalam perkembangan sama, beliau mengesahkan kesemua 10 ladang yang dikendalikan anak syarikat Felda di Terengganu masih beroperasi sehingga kini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI