fbpx
ANTARA PATI yang ditahan susulan Ops Kutip yang dijalankan JIM Johor di sebuah tapak pembinaan di Seri Alam, Pasir Gudang, Johor Bahru, kelmarin. Foto IHSAN IMIGRESEN

Ambil PATI kerja tanpa dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Taktik licik majikan menggajikan pekerja asing tanpa dokumen terbongkar apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menahan seramai 149 warga asing dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan di Seri Alam, Pasir Gudang di sini kelmarin.

Dalam Ops Kutip yang dijalankan kira-kira pukul 2 petang itu hasil risikan serta maklumat awam.

Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kesemua yang ditahan terdiri daripada 104 lelaki warganegara Bangladesh, 21 Indonesia, 13 Pakistan, enam Myanmar, empat Nepal dan seorang India.

Katanya, kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diberkas berusia antara 18 hingga 55 tahun.

“Kesemua warga asing tersebut disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk tiada dokumen perjalanan sah, menyalahgunakan pas lawatan sosial serta bekerja tanpa permit yang dibenarkan.

“Turut ditahan dalam operasi sama ialah seorang warga tempatan, dipercayai pegawai sumber manusia tapak pembinaan berkenaan bagi membantu siasatan berkaitan penggajian pekerja asing terbabit,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rusdi berkata, kesemua suspek disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, selain empat keping Borang 29 iaitu saman kepada saksi dikeluarkan bagi membantu siasatan lanjut.

Jelasnya, semua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk proses dokumentasi, siasatan terperinci dan tindakan undang-undang selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN