fbpx
PEARLY (kanan) dan Thinaah berpeluang menebus kekecewaan tahun lalu apabila sekali lagi melangkah ke final Indonesia Masters. - SHIDDIEQIIN ZON

Indonesia Masters: Pearly-Thinaah ulang pencapaian ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah menepati ramalan apabila melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Indonesia Masters.

Pada aksi separuh akhir di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi, pilihan utama itu menang 21-15, 21-9 ke atas beregu tuan rumah, Apriyani Rahayu-Lanny Tria Mayasari.

Kemenangan itu membolehkan Pearly-Thinaah mengulangi pencapaian tahun lalu di mana mereka turut melangkah ke final, namun berpuas hati dengan gelaran naib juara.

Pada aksi sebentar tadi, gandingan naib juara itu menunjukkan kekuatan mental cukup tinggi apabila perlu berdepan ribuan penyokong tuan rumah.

Jurang mata cukup besar 17-4 di set kedua nyata memberi kelebihan buat Pearly-Thinaah meskipun Apriyani-Lanny Tria cuba mengejar sebelum menamatkan perlawanan dalam tempoh 32 minit.

Menjelang aksi final esok, beregu No.2 dunia itu akan bertemu pasangan Jepun, Arisa Igarashi-Miyu Takahashi yang menewaskan satu lagi wakil tuan rumah, Rachel Allessya Rose-Febi Setianingrum.

Sebagai rekod, kali terakhir beregu wanita negara memenangi Indonesia Masters adalah menerusi gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei pada edisi 2011. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN