fbpx
Ahmad Shahriman Shariff (kiri)) ketika bertukar dokumen persefahaman pada program CIMB Islamic Green Showcase di Taman Tugu Nursery Kuala Lumpur di sini, hari ini. Foto oleh: SYAKIR RADIN/KOSMO!

Inisiatif EcoSave-i sedia RM20 juta untuk pemuliharaan alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – CIMB Islamic Bank Berhad memperuntukkan dana sebanyak RM20 juta bagi tempoh lima tahun bermula 2026 hingga 2030 bagi menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar, pendidikan dan pemerkasaan komuniti melalui inisiatif EcoSave-i.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata, komitmen itu mencerminkan dedikasi jangka panjang bank itu selari prinsip Syariah yang menekankan kelestarian alam dan kesejahteraan masyarakat.

Menurutnya, pelaburan tersebut disalurkan menerusi akaun simpanan Islamik EcoSave-i yang menjadi platform utama CIMB Islamic menyalurkan dana kepada projek pemuliharaan dan pendidikan alam sekitar di seluruh negara.

“EcoSave-i membolehkan kami mengintegrasikan kelestarian dalam amalan perbankan harian serta memastikan modal diagihkan secara inklusif, bertanggungjawab dan berdaya tahan untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran CIMB Islamic Green di Taman Tugu Nursery, yang turut menghimpunkan rakan pemuliharaan alam sekitar dan institusi akademik.

Antara rakan strategik terlibat termasuk Amanah Warisan Negara (AWAN), WWF Malaysia, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, The Habitat Foundation, Reef Check Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Forest House, Penang Institute serta beberapa organisasi komuniti lain.

Ahmad Shahriman memaklumkan, projek-projek di bawah EcoSave-i kini meliputi lapan negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Terengganu dan Sabah.

Katanya, tumpuan utama termasuk perlindungan Central Forest Spine, pemulihan hutan dan biodiversiti, pendidikan alam sekitar serta program berasaskan komuniti yang menyokong kelangsungan pendapatan penduduk setempat.

“Antara inisiatif utama ialah kesinambungan Program Pengangkatan dan Pendidikan Alam Semula Jadi Taman Tugu, yang diperbaharui untuk dua tahun lagi dengan penekanan kepada program pendidikan sekolah dan komuniti B40,” ujarnya.

Jelasnya, kawasan lain yang turut diberi fokus termasuk Rizab Biosfera Bukit Bendera dan Taman Negeri Royal Belum di utara Semenanjung, Setiu dan pulau-pulau peranginan di pantai timur, serta projek perlindungan tadahan air dan pemulihan tanah lembap di Sabah.

Katanya, semua projek dilaksanakan bersama rakan teknikal yang berpengalaman bagi memastikan keberkesanan jangka panjang dan ketahanan ekosistem, selain memberi manfaat langsung kepada komuniti tempatan.

Tegasnya, inisiatif tersebut turut menyumbang kepada agenda kelestarian kumpulan CIMB secara keseluruhan, termasuk sasaran mobilisasi pembiayaan mampan di bawah rangka kerja produk hijau, sosial dan mampan kumpulan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI