fbpx
SEEKOR babi hutan dirempuh kereta di lebuh raya. - Foto Stomp

Babi terpelanting rempuh kereta di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seekor babi hutan dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Lebuh Raya Seletar, Singapura pagi tadi , lapor portal berita Stomp.

Seorang netizen dikenali sebagai Edgar berkongsi rakaman kamera papan pemuka kenderaannya berhubung kejadian tersebut yang berlaku pukul 7.49 pagi (waktu tempatan).

Dalam video itu, babi itu dilihat berada di tengah-tengah lebuh raya tiga lorong berhampiran susur keluar Lentor Avenue.

Ketika berlari ke arah pembahagi jalan, babi itu telah dilanggar oleh sebuah kereta berwarna perak yang berada di lorong paling kanan.

Kepulan debu kelihatan pada saat perlanggaran dan haiwan itu tercampak melintasi dua lorong jalan, manakala kereta tersebut kemudian berhenti.

“Babi hutan itu kelihatan bergelut, namun tidak kelihatan dalam rakaman kamera belakang. Mungkin haiwan itu berlari semula ke dalam hutan,” kata Edgar

Stomp difahamkan bahawa polis tidak dimaklumkan mengenai kejadian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN