fbpx
Saluran paip dijilat api selepas tiga kanak-kanak cuba membakar seorang gelandangan di Bangkok pada Isnin lalu. - Facebook

Budak 9 tahun bakar gelandangan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Tiga kanak-kanak di Thailand ditahan selepas cuba membakar seorang gelandangan yang tinggal di bawah sebuah jambatan dan merakam perbuatan mereka, lapor portal berita Thaiger. 

Kejadian berlaku di Prawet, Bangkok pada Isnin lalu. 

Mangsa dikenali sebagai Karn, 51, tinggal di bawah Jambatan Ban Ma. Dia menjana pendapatan dengan mengumpul dan menjual sisa kitar semula. 

Karn memberitahu media tempatan bahawa dia terjaga daripada tidur setelah merasakan badannya disimbah air sejuk sebelum api tiba-tiba menyala, menyebabkan dia bergegas melarikan diri. 

Sebelum melarikan diri, Karn melihat tiga kanak-kanak lelaki sedang merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit mereka. 

“Mereka adalah orang sama yang sering membuli saya sebelum ini termasuk melontar batu dan kata-kata kesat. Saya tidak pernah berbual atau mempunyai sebarang konflik dengan mereka,” kata Karn. 

Penduduk yang tinggal berhampiran jambatan itu turut mengesahkan bahawa Karn tidak pernah menimbulkan masalah dalam komuniti. 

Polis Prawet berkata, ketiga-tiga suspek berumur antara 9 hingga 15 tahun itu sudah dikenal pasti. 

Polis akan  mengambil tindakan undang-undang terhadap kanak-kanak bawah umur itu atas tuduhan cubaan membunuh dan merosakkan harta benda awam susulan paip air yang rosak akibat kebakaran. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN