fbpx
King Sing

Hospitaliti berkualiti mampu tarik lebih ramai pelancong – King Sing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mahu pengendali hospitaliti seperti hotel meningkatkan mutu perkhidmatan dan layanan mesra kepada pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ini kerana tanggapan awal pelawat terhadap negara banyak bergantung kepada kualiti perkhidmatan, pengalaman serta tahap profesionalisme industri hospitaliti di lokasi tumpuan pelancong.

Malah katanya, apabila tetamu mengemukakan aduan atau kebimbangan, industri perlu bersedia memberi respons secara profesional, telus dan bertanggungjawab.

“Tetamu harus dilayan dengan penuh hormat di setiap peringkat, manakala pihak pengurusan perlu sentiasa bersedia tampil ke hadapan apabila diperlukan.

“Inilah standard yang diharapkan ketika kita memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang mesra dan kompetitif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut King Sing, destinasi pelancongan seperti Pulau Pinang yang kaya dengan warisan, budaya dan produk pelancongan memberi gambaran awal kepada pelawat tentang ‘wajah sebenar’ Malaysia.

Justeru, beliau mahu pihak hotel terus mengekalkan piawaian tinggi melalui penyelenggaraan yang baik. Selain itu, pihak hotel perlu memastikan kerja pembaikan tepat pada masanya serta naik taraf kemudahan secara berkala.

“Langkah ini penting bukan sahaja untuk memastikan keselesaan dan keselamatan tetamu, malah bagi melindungi imej destinasi pelancongan utama serta reputasi Malaysia secara keseluruhan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN