fbpx
Kein Chong didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan memberi suapan wang tunai pada tahun lalu. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

Ejen syarikat e-waste didakwa beri rasuah RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang ejen syarikat kilang memproses barangan elektronik terpakai (e-waste) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi suapan tunai berjumlah RM50,000 kepada penjawat awam tahun lalu.

Tertuduh, Soon Kein Chong, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim N.Kanageswari.

Kein Chong didakwa secara rasuah memberi suapan wang tunai RM50,000 kepada Pegawai Kawalan Alam Sekitar di Jabatan Alam Sekitar. Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu tiada lesen premis yang ditetapkan dan tiada kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.

Seterusnya, kesalahan tiada kelulusan laporan Environment Impact Assessment (EIA) dan kesalahan larangan menempatkan buangan terjadual di premis yang tidak ditetapkan.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 1 tengah hari di Jalan Zamrud, Kawasan Perindustrian Nilai dekat sini pada 12 Februari 2025.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 berserta syarat tambahan perlu melapor diri di Pejabat SPRM Seremban sekali sebulan sehingga kes selesai. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 6 Mac ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN