PETALING JAYA – Ayam Brand sentiasa aktif untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya masyarakat mengamalkan makanan khasiat dan berkualiti sebagai sebahagian daripada hidangan harian mereka melalui pelbagai program dan kempen yang dianjurkan syarikat.
Terbaharu adalah Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand yang telah berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2025 yang bertujuan untuk meraikan isi rumah yang sentiasa menyokong jenama Ayam Brand dan meningkatkan penglibatan terhadap produk serta mendorong pembelian berulang di seluruh negara.
Syarikat telah memperuntukkan jumlah hadiah keseluruhan melebihi RM300,000 dengan tawaran hadiah utamanya berupa sebuah Proton e.Mas 7 baharu bernilai RM120,000.
Majlis penyerahan hadiah utama itu telah disempurnakan pada Isnin lalu yang mana kenderaan itu diterima oleh wakil yang dilantik bagi pihak pemenang, menandakan kemuncak kepada kempen yang menghargai penyertaan pengguna disetiap peringkat.
Selain Hadiah Utama, kempen ini turut menawarkan tujuh pakej percutian bernilai RM10,000 setiap satu, sepuluh hadiah wang tunai RM5,000, 360 kredit e-dompet mingguan bernilai RM50, serta 20 baucar petrol bernilai RM200.

Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, kempen ini berjaya mengukuhkan relevansi jenama di seluruh negara, memperdalam hubungan emosi dengan pengguna, merealisasikan janji Ayam Brand sebagai jenama yang boleh dipercayai serta berkhasiat untuk keluarga seharian.
“Fokus kami adalah untuk mencipta kempen yang menyentuh hati keluarga Malaysia, menggalakkan pembelian berulang dan meraikan detik-detik harian di sekitar hidangan rumah.
“Dengan mengekalkan pengalaman yang mudah dan memberi ganjaran, kami berjaya meningkatkan penglibatan sambil kekal setia kepada warisan dan nilai Ayam Brand,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Jualan Ayam Brand, Loke Wing Hoong, menjelaskan, kempen ini memainkan peranan penting dalam mendorong penyertaan di seluruh negara serta mengukuhkan kesetiaan pengguna di setiap titik runcit.
“Dengan bekerjasama rapat bersama rakan runcit di seluruh negara, kempen ini berjaya menukarkan penglibatan jenama menjadi penyertaan yang tinggi di kedai. Pendekatan ini membolehkan kami menghargai pengguna setia sambil menyokong momentum jualan yang berterusan di pasaran utama,” jelas beliau.
Ayam Brand akan terus melaksanakan inisiatif berfokuskan pengguna sepanjang tahun sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan kecintaan terhadap jenama, merangsang pertumbuhan jualan yang mampan, serta kekal sebagai jenama dipercayai di setiap rumah di Malaysia. -KOSMO! ONLINE














