fbpx
Hantaran gambar memaparkan seorang jururawat menenangkan bayi.

‘Nasib baik jururawat datang tolong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang jururawat yang menenangkan bayi baru lahir sehingga tertidur di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur menyentuh hati pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @_ashinity, wanita tersebut berkongsi detik cemas apabila anaknya terpaksa dimasukkan ke wad kanak-kanak beberapa minggu lalu.

Katanya, sebagai ibu buat pertama kali, dia tidak mengetahui punca anaknya menangis tanpa henti sehingga menyebabkan dirinya keletihan dari segi fizikal dan mental.

Namun, seorang jururawat tampil membantu dengan mengambil bayinya, menyapu minyak di perut dan mendodoikannya sehingga bayi tersebut berhenti menangis dan tertidur.

“Anak saya yang baru lahir dimasukkan ke wad HTA beberapa minggu lalu. Sebagai seorang ibu buat pertama kali dan nampak bayi saya dicucuk, disedut dan pelbagai prosedur lain memang menyayat hati. Malam tu dia meraung, menangis tidak henti dan tidak mahu tidur.

“Mungkin sebab kahak atau perkara lain. Saya sudah tidak tahu nak buat apa. Saya sudah penat fizikal dan mental. Ketua jururawat, Syuhada datang ambil anak saya dan sapu minyak di perut dan dodoi untuk berhentikan dia dari menangis dan tidur. Terima kasih banyak datang selamatkan saya. Semoga murah rezeki selalu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut memuji sikap prihatin jururawat tersebut.

“Tolong SisPAA (Sistem Pengurusan Aduan Awam) dia. Dia perlukan pengiktirafan juga. Selalu orang guna SisPAA untuk benda negatif, kali ini guna untuk pujian pula,” komen Syahirah Azman.

“Saya kenal jururawat ni. Anak-anak saya pun dia memang dijaga macam anak sendiri,” kata Vidhya Sankari.

“Memang susah kalau anak menangis dan tidak tahu apa puncanya. Nasib baik jururawat datang tolong awak,” komen Kong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN