fbpx
ZAKARIA.

‘Pasport terbang’: 41 pegawai imigresen dikenakan tindakan, dibuang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 41 pegawai imigresen dikenakan tindakan tatatertib termasuk 20 daripada mereka dibuang kerja selepas terbabit dalam aktiviti ‘pasport terbang’ sejak 2022.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya mengambil maklum tentang kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung laporan siasatan berkaitan dakwaan aktiviti ‘pasport terbang’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal 1, Sepang.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen (JIM) menghormati peranan dan fungsi EAIC sebagai badan pemantau integriti agensi penguatkuasaan dan memandang serius dapatan dan syor yang dikemukakan.

“Sehubungan itu, JIM sudah dan sedang mengambil tindakan susulan selaras dengan peruntukan undang-undang, peraturan perkhidmatan awam dan mekanisme tatatertib yang berkuat kuasa.

“Berhubung kes yang dilaporkan, kita mengesahkan tindakan tatatertib sudah dilaksanakan terhadap pegawai terbabit selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zakaria berkata, bagi tempoh 2022 hingga 2025, seramai 41 pegawai dikenakan tindakan tatatertib kerana didapati terbabit dalam kes ‘pasport terbang’.

“Daripada jumlah itu, seramai 20 pegawai dibuang kerja selepas disabitkan kesalahan. Tindakan ini diambil hasil siasatan dalaman yang telus berlandaskan peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Zakaria menegaskan, setiap kes yang dirujuk oleh EAIC akan diteliti secara menyeluruh dan ditangani dengan serius tanpa sebarang kompromi.

Tambahnya, pada tahun 2025, sebanyak 61 kes dirujuk oleh EAIC dengan kesemua kes tersebut dibawa ke Mesyuarat Jawatakuasa Aduan dan diambil tindakan selaras dengan proses serta peruntukan tatatertib yang berkuat kuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI