fbpx
Gambar hiasan

Terliur untung pelaburan RM1.4 juta, penjawat awam hilang RM742,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Gara-gara terliur dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lebih 21 kali ganda, seorang penjawat awam kerugian RM742,000 akibat diperdaya sindiket penipuan atau ‘scammer’.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, pada mulanya, lelaki berusia 46 tahun itu tertarik apabila melihat iklan skim pelaburan tersebut yang dilihatnya di laman Facebook pada bulan lalu.

Beliau berkata, skim pelaburan itu menjanjikan pulangan RM8,500 dalam tempoh 48 jam sahaja.
“Mangsa berminat lalu menyertai pakej pelaburan asas iaitu RM400 sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp.

“Dia teruja terus menambah pelaburan apabila dikatakan memperoleh keuntungan keseluruhan RM1,452,550,” katanya di sini hari ini.

Maizura berkata, penjawat awam tersebut telah membuat pembayaran keseluruhan RM742,00 menerusi 145 transaksi ke dalam 19 akaun bank berasingan.

Beliau berkata, lelaki itu menyedari tertipu apabila tidak mendapat keuntungan dijanjikan, malah terus diminta membuat pembayaran lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI