PETALING JAYA – BYD Malaysia, DENZA, jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah naungan BYD dengan kerjasama BYD Sime Motors, membawakan pusingan kedua acara BYD
Tech Discovery ke Johor Bahru bermula esok sehingga Ahad ini di Padang (A) Akasia @ Angsana Johor Bahru Mall.
Pameran interaktif tersebut akan membolehkan orang ramai melihat dan mencuba sendiri inovasi pengangkutan elektrik.
Pameran edisi selatan ini adalah sebahagian daripada jelajah BYD ke seluruh negara, menyusuli kejayaan acara sulung di Kuala Lumpur pada 2025.
Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao berkata, usaha membawakan BYD Tech
Discovery ke selatan negara adalah satu langkah penting untuk meluaskan pendidikan kenderaan elektrik (EV) kepada lebih ramai penduduk.
“Kebanyakan orang masih kurang mengenali EV, terutamanya di kawasan kurang kenderaan tersebut dan pameran ini dirangka untuk membantu pengguna lebih memahami teknologi BYD
sambil melihat sendiri inovasi masa depan secara lebih dekat.
“Kami percaya kefahaman yang bermakna tentang EV adalah langkah pertama ke arah penggunaan dan menerusi pendidikan berterusan dan aktiviti keterlibatan seperti ini, kami berharap untuk menggalakkan penggunaan EV sambil membina masa depan pengangkutan
yang lebih lestari,” katanya dalam kenyataan.
Sejak menceburi pasaran Malaysia, jejak BYD telah melangkah jauh secara konsisten
dan kini meliputi lebih 40 cawangan di seluruh negara.
Kini dengan 27,000 pemilik BYD dan 1,200 pemilik bangga DENZA di seluruh negara, BYD Tech Discovery merupakan inisiatif strategik untuk mendalamkan lagi kefahaman umum dan mempercepatkan penggunaan pengangkutan pintar dan lestari. -KOSMO! ONLINE














