fbpx
Anwar ketika melancarkan DIPN di MITEC hari ini.

‘Puting beliung’ tidak badai seluruh ATM, ramai masih telus – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kemelut kepimpinan dan tatakelola yang membadai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika ini tidak seharusnya dikaitkan dengan keselurahan pasukan keselamatan itu.

Ini kerana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terdapat ramai lagi pegawai dan anggota bertugas dengan telus dan penuh amanah dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Beliau berkata, isu rasuah dan penyelewengan dana yang berlaku dalam pasukan itu mengejutkan bukan sahaja negara, tetapi juga dunia.

“Kita baru lagi bicara soal skandal kewangan dan sekarang masih dengan isu rasuah dan penyelewengan dana. Tentunya ia tidak harus mewakili seluruh anggota, sama ada di Kementerian Pertahanan (Mindef) dan agensi penguatkuasaan.

“Mudah-mudahan episod gelap dan malap yang diungkapkan sebagai ‘puting beliung’ walaupun puting beliung jarang berlaku di Malaysia, tidak memberikan gambaran negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, jika dulu isu rasuah dan tatakelola sering dikaitkan dengan pimpinan politik.

“Sekarang ia ‘menjalar’ kepada penjawat awam, angkatan bersenjata, badan-badan penguatkuasaan, kastam, imigresen.

“Jadi sebab itu, percayalah sampai seperti mana juga saudara terlatih dalam peperangan. Ini perang kita sekarang. Kalau tidak mampu kita bersihkan, tidak mungkin kita angkat, termasuk apa yang diluncurkan oleh Menteri hari ini,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI